Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Unit Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Sri Aman telah melaksanakan OPS bersepadu bersama Jabatan Alam Sekitar. Foto JPJ Sarawak

JPJ Sri Aman jalankan operasi bersepadu bersama Jabatan Alam Sekitar

SRI AMAN, 31 Okt: Unit Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Sri Aman melaksanakan Ops Bersepadu bersama Jabatan Alam Sekitar pada Selasa.

Menurut kenyataan JPJ Sarawak, operasi bersepadu tersebut bertujuan meningkatkan lagi pematuhan terhadap peraturan jalan raya dan undang-undang di bawah penguatkuasaan agensi terlibat.

“Operasi melibatkan seramai lima anggota JPJ Sri Aman dan lima anggota JAS itu menyaksikan sebanyak 74 kenderaan pelbagai jenis diperiksa.

“Sebanyak tujuh notis atas pelbagai kesalahan dikeluarkan kepada pemandu dan pemilik kenderaan,” katanya.

Katanya, kerjasama antara agensi dalam operasi tersebut  adalah langkah proaktif untuk menjaga keselamatan dan meningkatkan kesedaran serta keselamatan pengguna lebuh raya.

“JPJ Negeri Sarawak menyeru semua pengguna jalan raya pada setiap masa hendaklah mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya,” menurut kenyataan tersebut.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan