Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba mengumumkan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara berikutan pelancaran peluru berpandu balistik oleh Korea Utara. Foto AFP

Jepun adakan mesyuarat Majlis Keselamatan berikutan pelancaran peluru berpandu Korea Utara

ByBernama

TOKYO, 31 Okt: Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba mengumumkan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara berikutan pelancaran peluru berpandu balistik oleh Korea Utara, lapor Sputnik.

“Hari ini, Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik. Saya telah mengarahkan agar maklumat disampaikan kepada rakyat dan memastikan keselamatan dijamin. Sehingga saat ini, tiada kerosakan dilaporkan. Selepas itu, saya akan menerima laporan terperinci dan kami akan mengadakan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara,” kata perdana menteri kepada pemberita.

Korea Utara dilaporkan melancarkan apa yang dipercayai sebagai peluru berpandu balistik pada 7:11 pagi (2211 malam Rabu GMT), berkemungkinan menggunakan trajektori menegak untuk mengurangkan jarak dengan meningkatkan ketinggiannya.

Peluru berpandu Korea Utara itu jatuh pada 8:37 pagi (2337 GMT Rabu) berhampiran Pulau Okushiri di Hokkaido, di luar zon ekonomi eksklusif Jepun, menurut Menteri Pertahanan Jepun Jen Nakatani.

NHK melaporkan, memetik Kementerian Pertahanan Jepun, bahawa penerbangan peluru berpandu Korea Utara ini adalah yang paling lama berbanding pelancaran terdahulu dan mungkin jenis peluru berpandu yang berbeza telah digunakan. Penerbangan itu mengambil masa 1 jam 26 minit. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan