Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah merakam gambar kenangan pada Majlis Makan Malam Festival What About Kuching (WAK) Edisi Keenam di Dewan Mahligai di Kuching pada Khamis. Foto TVS

Festival WAK rai warisan seni, semangat masyarakat

KUCHING, 31 Okt: Festival What About Kuching (WAK) edisi keenam memberi impak dalam acara tahunan dipacu komuniti di Sarawak sebagai meraikan warisan seni yang unik dan semangat masyarakat.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, penganjuran Festival WAK 2024 banyak memberi manfaat dan kesan positif kepada masyarakat Sarawak termasuk belia.

Menurutnya, sektor swasta perlu menyertai Festival WAK dalam usaha mencapai lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

“Bagi Kerajaan Sarawak, saya menggesa sektor swasta menyertai kami dalam Festival WAK.

“Ini merupakan platform sangat baik untuk syarikat swasta membina jenama di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Festival What About Kuching (WAK) Edisi Keenam di Dewan Mahligai di Kuching pada Khamis.

Terdahulu, Festival WAK 2024 turut merangkumi dua festival satelit baharu yang dikenali sebagai WAK Sibu dan WAK Miri bagi meluaskan lagi jangkauan dengan melibatkan bakat kreatif dan peminat di bahagian tengah dan utara Sarawak.

Melalui kejayaan pementasan festival satelit tersebut, ia membuktikan peranan WAK sebagai platform utama untuk komuniti kreatif dan penonton mementaskan serta meraikan seni dan budaya di Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan