Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah (tengah) menunjukkan poster S-MM2H pada sidang media Mesyuarat Penambahbaikan Program S-MM2H dan Pelesenan Baharu untuk Ejen S-MM2H di Kuching, hari ini. Foto TVS

Ejen S-MM2H perlu mohon semula lesen daripada MTCP

KUCHING, 31 October: Empat puluh syarikat yang akan dilantik sebagai ejen yang mengendalikan program ‘Sarawak-Malaysia My Second Home’ (SMM2H) di Sarawak perlu mengemukakan pemohonan untuk lesen baharu daripada kerajaan Sarawak.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, permohonan itu bagi membolehkan syarikat-syarikat tersebut terlibat sama dalam program itu dengan beroperasi sebagai ejen S-MM2H.

“Ketetapan itu dilakukan susulan penambahbaikan terhadap ketetapan dalam program S-MM2H serta pelesenan baharu yang diluluskan Kabinet Sarawak baru baru ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Penambahbaikan Program S-MM2H dan Pelesenan Baharu di sini, hari ini.

Terdahulu Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah menyerahkan kuasa-kuasa untuk mengendalikan program tersebut kepada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) menerusi satu surat yang dihantar pada 2 Julai lalu.

Penyerahan menjadi pencapaian penting bagi MTCP dalam mengembangkan fungsinya dalam S-MM2H yang bukan sahaja melibatkan urusan pemprosesan permohonan tetapi juga aspek pelesenan ejen program tersebut.

Satu perbincangan meja bulat bersama pemain industri diadakan pada 5 September lalu dan cadangan hasil daripada perbincangan itu telah mendapat kelulusan untuk pelaksanaaan daripada Kabinet Sarawak pada 24 Oktober lalu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan