Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyeru rakyat Malaysia menghayati semangat Deepavali untuk menuju kesejahteraan bersama dan masa depan negara yang lebih cerah, di Majlis Rumah Terbuka Deepavali MADANI 2024. Foto TVS

Deepavali: PM Anwar seru rakyat hayati, semarak sinar masa depan

ByDouglas Elliot

KUALA LUMPUR, 31 Okt: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru masyarakat Malaysia untuk menghayati makna sebenar sambutan Deepavali.

Beliau berkata festival cahaya ini mengajak masyarakat untuk meneruskan perjuangan ke arah kebaikan dan kesaksamaan demi kesejahteraan bersama dan masa depan negara yang lebih baik.

“Kita tahu semangat Deepavali iaitu menyemarakkan lampu cahaya menggantikan kegelapan.

“Mudah-mudahan semangat Deepavali ini memberikan ruang kepada masyarakat beragama Hindu dan masyarakat lain untuk membawa Malaysia ke arah cahaya yang bergemerlapan,” kata beliau.

Beliau berucap demikian semasa merasmikan Majlis Rumah Terbuka Deepavali MADANI 2024 di sini, hari ini.

Sementara itu, Menteri Digital Gobind Singh Deo selaku tuan rumah majlis berkenaan mengulangi hasrat sama.

“Kerajaan sentiasa memberikan fokus kepada bagaimana kita memastikan tidak ada sebarang lapisan yang tertinggal dalam strategi kita untuk membawa negara ke depan,” katanya.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Perpaduan Datuk Aaron Ago Dagang dan Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbong. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan