Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Deepavali MADANI 2024 di sini, hari ini. Foto TVS

ChatGPT: Tiada cadangan kenakan SST terhadap langganan

ByDouglas Elliot

KUALA LUMPUR, 31 Okt: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menafikan dakwaan bahawa kerajaan akan mengenakan cukai terhadap langganan ChatGPT.

Ujarnya, kerajaan juga tidak pernah membincangkan cadangan pengenalan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) seperti yang tular di media sosial.

“Setakat ini, kita tidak membincang perkara ini, sama ada di Jemaah Menteri atau dalam kalangan menteri-menteri lain.

“Tiada perbincangan mengenai cadangan untuk mengenakan cukai (ChatGPT),” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Deepavali MADANI 2024 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fahmi menjelaskan sebarang cadangan untuk pengenalan cukai baharu perlu dibawa ke Parlimen dan bukan sekadar dibincangkan di peringkat Jemaah Menteri.

“Kita juga tidak mendengar perkara itu dalam Belanjawan 2025 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, jadi bagi saya, perkara itu tidak boleh dilayan,” katanya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan