SONG, 31 Okt: Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Song membantu membuka pintu sebuah pikap yang terkunci dari dalam di Jalan Ngemah, Simpang 4 di sini, hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 3.29 petang dengan menggerakkan lima anggota dari BBP Song ke lokasi kejadian.
“Setibanya dilokasi didapati sebuah kenderan pacuan empat roda (4WD) Toyota telah terkunci dan kunci kereta berkenaan tertinggal di dalam kereta.
“Pasukan bomba bertindak membuka pintu kenderaan tersebut menggunakan peralatan khas,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, pihak bomba mengambil masa kira-kira sembilan minit untuk membuka pintu kenderaan tersebut.-TVS