Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden. Foto fail AFP

Biden hadir upacara angkat sumpah presiden baharu AS tanpa mengira pemenang – Rumah Putih

ByBernama

WASHINGTON, 31 Okt: Presiden Amerika Syarikat (AS) yang bakal melepaskan jawatan Joe Biden akan hadir upacara angkat sumpah presiden baharu negara itu, walaupun keputusan pilihan raya presiden minggu depan tidak memihak kepadanya, menurut Rumah Putih.

“Presiden percaya pada peralihan kuasa secara aman, dan itulah yang anda akan lihat beliau lakukan,” kata jurucakap Karine Jean-Pierre pada taklimat akhbar, lapor Agensi Anadolu.

Upacara angkat sumpah dijadual berlangsung pada Januari tahun depan.

“Ini bukan tentang beliau; ia mengenai rakyat Amerika. Itulah yang mereka perlu lihat, tidak kira siapa yang menang,” tambahnya.

“Dan itu sebahagian daripadanya – menghadiri upacara angkat sumpah, hadir sebagai sebahagian daripada proses bersejarah yang sentiasa dijunjung. Beliau pasti akan mengambil bahagian dalam acara itu,” kata Jean-Pierre.

Bekas Presiden Donald Trump tidak menghadiri upacara mengangkat sumpah presiden pada Januari 2021, melanggar tradisi yang telah lama wujud. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan