Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Orang ramai mencari mangsa yang terselamat di tengah-tengah runtuhan berikutan serangan Israel yang dilaporkan menyasarkan sebuah sekolah di daerah Zeitoun di pinggir Bandar Gaza, pada 1 September 2024. Foto AFP

Arab Saudi anjur Sidang Kemuncak Arab-Islam pada 11 Nov tangani serangan Israel

ByBernama

RIYADH, 31 Okt: Arab Saudi pada Rabu berkata ia akan menganjurkan Sidang Kemuncak Negara Arab-Islam pada 11 Nov untuk menangani serangan Israel di wilayah Palestin dan Lubnan, serta perkembangan serantau.

Agensi Anadolu melaporkan kenyataan Kementerian Luar Arab Saudi yang mengatakan sidang kemuncak yang dirancang itu akan menjadi susulan daripada sidang kemuncak sebelum ini yang diadakan di Riyadh pada 11 Nov 2023, untuk membincangkan perang Israel di Gaza.

Kementerian itu mengutuk “jenayah dan pelanggaran” berterusan oleh Israel terhadap rakyat Palestin, serta serangan di Lubnan, sambil menekankan risiko serius terhadap keselamatan dan kestabilan serantau.

Ketegangan serantau telah meningkat berikutan serangan kejam Israel di Semenanjung Gaza, yang mengorbankan lebih 43,160 orang sejak 7 Okt tahun lepas.

Ketika konflik merebak ke Lubnan dengan Israel melancarkan serangan maut di seluruh negara, lebih 2,700 orang terbunuh dan lebih 12,500 yang lain cedera dalam serangan Israel sejak tahun lepas, menurut pihak berkuasa kesihatan Lubnan.

Walaupun terdapat amaran antarabangsa bahawa rantau Timur Tengah berada di ambang perang serantau akibat serangan berterusan Israel di Gaza dan Lubnan, Tel Aviv memperluaskan konflik itu pada 1 Okt dengan melancarkan serangan darat ke selatan Lubnan. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan