Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Amaran ribut petir di negeri utara dan Sarawak

ByBernama

KUALA LUMPUR, 31 Okt: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi tiga negeri di utara Semenanjung dan beberapa kawasan di Sarawak sehingga 1 tengah hari ini.

Berdasarkan amaran yang dikeluarkan pada 9 pagi, ribut petir dijangka berlaku di seluruh daerah Pulau Pinang, serta di Kedah yang meliputi Langkawi, Kuala Muda, Kulim, dan Bandar Baharu.

Di Perak, kawasan yang terlibat termasuk Kerian, Larut, Matang, Selama, Manjung, dan Bagan Datuk, manakala di Sarawak, amaran melibatkan Kuching, Betong, Sarikei, Mukah, Bintulu, dan Miri.

MetMalaysia mengeluarkan amaran ini berdasarkan tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) sejam yang dijangka berlangsung lebih dari satu jam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan