Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pihak polis berjaya memberkas 26 penagih dan seorang pengedar dadah dalam Operasi Khas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik(JSJN) Sarawak di Bintulu. Foto IPD Bintulu

26 penagih, seorang pengedar dadah diberkas

BINTULU, 31 Okt: Polis berjaya memberkas 26 penagih serta seorang pengedar dadah dalam Operasi Khas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak di Bintulu yang dijalankan bermula Selasa dan berakhir semalam.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali berkata, operasi selama dua hari itu disertai gabungan kekuatan operasi dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Sarawak (IPK) Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Sibu dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Bintulu.

“Pihak polis berjaya menangkap seorang pengedar dadah dan disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta menangkap seramai 26 penagih dadah di kawasan serbuan yang dirancang.

“Sebanyak 20 gram dadah jenis methamphetamine (syabu) yang boleh digunakan untuk 30 hingga 40 orang penagih dirampas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, operasi pembanterasan pengedaran dan penyalahgunaan dadah di Daerah Bintulu merupakan satu usaha berterusan bagi menyekat permintaan dadah selain memberi kesedaran kepada masyarakat setempat agar menjauhi gejala dadah.

“Objektif operasi ini bertujuan menangkap pembekal, pengedar, penagih dadah dan ahli-ahlinya yang terlibat bagi memastikan mereka dikenakan tindakan di bawah peruntukkan undang-undang,” ujarnya.

Nixon berkata, pihak polis akan terus memerangi dadah dan akan terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah melalui Bilik Gerakan PDRM, IPD Bintulu di talian 086-318304 atau Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Bintulu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan