Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Abang Patdeli Abang Muhi menunjukkan sijil Anugerah Sasterawan Sarawak. Foto TVS

Sasterawan Sarawak, Abang Patdeli berkarya 40 tahun tanpa jemu

KUCHING, 30 Okt: Penglibatannya selama 40 tahun tanpa jemu dalam menghasilkan karya-karya berkualiti dalam genre puisi, cerpen serta kritikan menjadi testimoni cinta, komitmen serta tanggungjawab Sasterawan Sarawak Keenam, Dr Abang Patdeli Abang Muhi dalam memartabatkan sastera.

Penulis prolifik ini menganggap anugerah yang diterimanya itu merupakan satu pengiktirafan tertinggi oleh kerajaan Sarawak serta komuniti cendekiawan bahasa dan sastera di Bumi Kenyalang.

“Saya secara peribadi, menganggap anugerah ini sebagai sesuatu yang cukup menggembirakan kerana setelah 40 lebih tahun berkecimpung dalam bidang penulisan ini, akhirnya memperoleh anugerah ini.

“Saya berharap penghormatan dan penghargaan ini akan merangsang penulis muda, terutama yang turut serta memenangi beberapa anugerah,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Sasterawan Sarawak ke-11 di sini, malam ini.

Anugerah disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Abang Patdeli merupakan mantan Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kuala Lumpur.  Selain itu, beliau juga pernah bertugas sebagai Timbalan Pengarah di DBP Cawangan Sarawak.

Beliau yang ditauliahkan sebagai Munsyi Bahasa sejak 9 November 1995, menerima anugerah tersebut atas penglibatan cemerlangnya dalam menghasilkan karya-karya bermutu dan menyumbang kepada pembangunan pemikiran masyarakat.

Selain Abang Patdeli Abang Muhi, penulis serta karyawan Sarawak yang turut diiktiraf pada Anugerah Sasterawan Sarawak ke-11 termasuklah Jantan Umbat untuk Anugerah Khas Bahasa dan Sastera serta Anugerah Penulis Sarawak Mengikut Kategori Bahasa (Bahasa Iban), Penulis Sarawak Mengikut Genre (Puisi) dianugerahkan kepada Abang Median Abang Said dan penerima Anugerah Penulis Sarawak Mengikut Genre (Cerpen) dirangkul Jaya Ramba yang turut menerima Anugerah Penulis Sarawak Mengikut Genre (Novel).

Dr Dilah Tuah pula menerima Anugerah Penulis Sarawak Mengikut Genre (Esei Kritikan), manakala Lokman Hakim Abdul Wahid dan Frankie Latit dianugerahkan Anugerah Penulis Harapan Sarawak.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan