Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak mampu memimpin transformasi ekonomi hijau negara, tetapi hanya boleh dicapai jika Kerajaan Persekutuan menyediakan insentif dan dana yang diperlukan. Foto fail TVS

Sarawak mampu pimpin transformasi ekonomi hijau Malaysia

KUCHING, 30 Okt: Usaha dan pelaburan Kerajaan Sarawak dalam ekonomi hijau di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS 2030) telah memacu Sarawak hingga muncul sebagai kuasa ekonomi hijau di rantau ASEAN.

Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Sarawak juga mampu memimpin transformasi ekonomi hijau negara, tetapi ini hanya boleh dicapai jika Kerajaan Persekutuan menyediakan insentif dan dana yang diperlukan.

“Pembangunan ekonomi hijau memerlukan pelaburan yang tinggi dari segi infrastruktur dan teknologi.

“Oleh itu, kami berharap Kerajaan Persekutuan akan menyediakan peruntukan untuk pembangunan infrastruktur, logistik, teknologi dan inovasi bagi menyokong industri tenaga hijau,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bersama Kerajaan Sarawak di sini, hari ini.

Sesi tersebut turut dihadiri Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Abang Johari turut menekankan kepentingan membangunkan teknologi yang lebih maju dan mesra alam melalui penyelidikan dan inovasi yang disokong oleh persekutuan.

Ujar beliau, insentif cukai, peruntukan dana penyelidikan dan program pembiayaan adalah langkah kritikal yang perlu dipertimbangkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk memastikan peralihan ke ekonomi hijau dapat dicapai secara mampan.

“(Sarawak) juga menggalakkan institusi kewangan untuk menyokong bon hijau, pinjaman berkadar rendah dan program pelaburan yang sejajar dengan matlamat kelestarian,”  katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan