Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berucap semasa Sarawak Bookfair And The Sarawak Authors Festival di The Hills di Kuching pada Rabu. Foto TVS

Pupuk minat membaca, realisasikan nisbah satu buku per seribu orang menjelang 2030

KUCHING, 30 Okt: Masyarakat di Sarawak perlu memupuk minat membaca bagi merealisasikan impian nisbah satu buku per seribu orang menjelang tahun 2030.

Malah, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, Sarawak memerlukan lebih banyak penulisan buku menjelang tahun 2030 sebagai langkah menyediakan pelbagai bentuk cabang ilmu dan maklumat kepada masyarakat, selain menggalakkan tabiat membaca.

Ujarnya, pada ketika ini jumlah penulis di Sarawak masih kurang daripada 2,000 orang dalam populasi 3 juta penduduk di Sarawak.

“Saya diberitahu bahawa populasi penulis di Sarawak sangat rendah kerana secara teori, ia sepatutnya satu per seribu penulisan.

“Saya fikir dalam seluruh Sarawak, terdapat kurang daripada 2,000 penulis iaitu kurang daripada 2,000 penulis dalam populasi 3 juta yang sepatutnya seorang setiap seribu,” katanya.

Beliau berucap semasa Sarawak Bookfair And The Sarawak Authors Festival di The Hills di Kuching pada Rabu.

Pada 2023 sejumlah 648 buah buku sahaja ditulis di Sarawak pada tahun 2023, jumlah itu  kurang daripada nisbah satu buku per seribu orang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan