Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Jerip Susil (tengah) pada sidang media Miri Traffic Games di Miri, hari ini. Foto TVS

Permainan trafik dedah pelajar tentang keselamatan jalan raya

ByVanessa Enjop

MIRI, 30 Okt: Miri Traffic Games, satu inisiatif keselamatan jalan raya yang dijenamakan semula oleh Kementerian Pengangkutan Sarawak sebagai usaha mendidik generasi muda mengenai kepentingan keselamatan lalu lintas.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Dr Jerip Susil berkata siri acara ini akan bermula pada 23 November 2024 dan akan berlangsung sepanjang tahun di beberapa bahagian utama termasuk Kuching, Sri Aman, Sibu, Sarikei dan Bintulu.

Menurutnya, program ini adalah satu langkah untuk menangani cabaran keselamatan trafik.

“Kami tahu bahawa kos yang tinggi diperlukan untuk menjayakan program ini, namun ia adalah pelaburan penting dalam membentuk budaya keselamatan jalan raya dalam kalangan generasi muda.

“Permainan ini adalah inisiatif yang dibangunkan sejak 2015 untuk menyampaikan mesej penting tentang keselamatan trafik, bermula dari tahap sekolah menengah sehingga ke pertandingan kebangsaan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Melalui program ini, peserta dari pelbagai sekolah di Sarawak berpeluang menjalani simulasi trafik sebenar yang membabitkan pelbagai peranan seperti pejalan kaki, penunggang basikal dan pemandu motosikal.

Antara sekolah yang akan mengambil bahagian di Miri adalah SMK Chung Hua Miri, SMK St Joseph Miri, SMK St Columba Miri, SMK Dato Permaisuri Miri dan SMK Lutong manakala, sekolah rendah yang terlibat termasuk SK Jalan Bintang, SK Sayed Othman, SK Miri, SJKC Chung Hua Miri dan SJKC North.

“Tujuan permainan trafik ini adalah untuk mendidik masyarakat dan sekolah-sekolah tentang keselamatan jalan raya serta memberi latihan yang berkesan. Kami berharap perubahan sikap akan terbentuk dari usia muda,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan