Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang peniaga wanita mengalami kerugian hampir RM500,000 selepas diperdaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai sebuah kementerian dan pegawai polis. Foto Envato

Peniaga wanita rugi hampir RM500,000 diperdaya sindiket penipuan

ByBernama

KUANTAN, 30 Okt: Seorang peniaga wanita mengalami kerugian hampir RM500,000 selepas diperdaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai sebuah kementerian dan pegawai polis.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata mangsa berusia 51 tahun itu diperdaya kononnya terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram.

Beliau berkata pada April lepas, mangsa menerima panggilan telefon daripada suspek yang menyamar sebagai pegawai sebuah kementerian dan mendakwa mangsa terlibat dengan jenayah pengubahan wang haram.

Mangsa kemudian dirujuk kepada individu yang menyamar sebagai pegawai polis dan memintanya untuk membuat pemindahan wang bagi mengelakkan dia ditangkap serta membersihkan rekodnya daripada kes jenayah.

“Dalam tempoh 1 Mei hingga 27 Sept, mangsa telah membuat pemindahan wang ke lima akaun berbeza sehingga mengalami kerugian sebanyak RM492,290.

“Mangsa menyedari ditipu apabila suspek tidak mengembalikan semula wangnya dan sumber kewangan adalah duit simpanan, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan pinjaman daripada rakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Yahaya meminta orang ramai supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang mencurigakan di pautan https://semakmule.rmp.gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan