Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penghantaran dan penugasan Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) di selatan Lubnan bagi misi pengaman akan diteruskan. Foto fail Bernama

Penghantaran pasukan MLABATT 850-12 bermula 6 Nov ini – Mohamed Khaled

ByBernama

KUALA LUMPUR, 30 Okt: Penghantaran dan penugasan Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) di selatan Lubnan bagi misi pengaman akan diteruskan, dengan pasukan MALBATT 850-12 dijadualkan berlepas secara berperingkat mulai 6 hingga 18 Nov ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata keputusan tersebut diambil setelah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), melalui Markas Angkatan Bersama, menerima makluman bahawa Force Commander Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) telah menetapkan tarikh pertukaran bagi semua pasukan UNIFIL, termasuk pasukan MALBATT 850-11 yang kini beroperasi di selatan Lubnan.

“Penerimaan pasukan MALBATT 850-11 secara berperingkat dari 7 hingga 19 Nov ini.

“Pasukan MALBATT 850-12 akan meneruskan tugas dan tanggungjawab Pasukan MALBATT 850-11 di bawah panji-panji serta mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagaimana protokol dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pasukan UNIFIL,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamed Khaled berkata Kementerian Pertahanan turut menzahirkan penghargaan kepada pasukan MALBATT 850-11 atas prestasi cemerlang mereka sepanjang menjalankan tugas di kawasan tanggungjawab, dan berharap pasukan MALBATT 850-12 dapat meneruskan kecemerlangan tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan