Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
OM Materials (S) Pte Ltd (OMS) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan South32 Marketing Pte Ltd (South32) untuk bekerjasama dalam Projek Penggunaan Semula Sanga Ferroalloy semalam. Foto Salasiah Safian (TVS)

OMS bekerjasama dengan South32 untuk Projek Penggunaan Semula Sanga Ferroalloy

BySalasiah Safian

BINTULU, 30 Okt: OM Materials (S) Pte Ltd (OMS) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan South32 Marketing Pte Ltd (South32) untuk bekerjasama dalam Projek Penggunaan Semula Sanga Ferroalloy semalam.

OM Holding Limited dalam satu kenyataan berkata, projek ini berusaha untuk membangunkan dan melaksanakan penyelesaian inovatif untuk menutup gelung sisa sanga silicomanganese (Sanga SiMn).

Sanga SiMn ialah hasil sampingan pengeluaran aloi mangan (manganese alloy) dan pada masa ini tidak boleh dikitar semula dalam kompleks peleburan syarikat.

“Projek ini bertujuan untuk mengitar semula sanga SiMn sebagai pengganti agregat semula jadi dalam konkrit.

“Ini mengurangkan keperluan untuk ‘virgin materials’ dalam pengeluaran konkrit, mengurangkan keseluruhan jejak alam sekitar,” kata kenyataan tersebut.

MoU tersebut ditandatangani oleh Timbalan Presiden dan Ketua Pemasaran South32 Matthew Gillespie dan pertukaran dokumen diwakili oleh Pengurus Besar South32 Rosa Ye dan Pengarah Urusan OMS Adrian Low di Parkcity Everly Hotel Bintulu.

Selaras dengan pendekatan kemampanan syarikatnya, OMS sedang meneroka kerjasama dengan institusi pendidikan untuk mengkaji peluang untuk menggunakan semula sanga SiMn, seperti dalam perlindungan pantai dan pemulihan ekosistem marin.

OM Holding Limited melalui anak syarikat milik penuhnya, OM Materials (Sarawak) Sdn Bhd, juga mempunyai kerjasama berterusan dengan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), untuk kajian mengenai keselamatan alam sekitar dan aplikasi sanga SiMn dalam pembinaan, yang berpotensi mengubah sanga daripada sisa menjadi sumber yang berharga. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found