Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Ahmad Izram Osman (tiga, kanan) menyantuni anggota yang terlibat pada Program Latihan Amal Rural Emergency Disaster Exercise (REDEX) Kinta 2024 di Taman Rekreasi Kolam Sungai Pinji, hari ini. Seramai 214 anggota penyelamat termasuk pihak keselamatan dan agensi kerajaan terbabit dalam latihan bencana kecemasan luar bandar di beberapa lokasi di sekitar Ipoh. Foto Bernama

Lebih 200 anggota penyelamat sertai latihan kecemasan sebagai persediaan hadapi MTL

ByBernama

IPOH, 30 Okt: Seramai 214 anggota penyelamat termasuk pihak keselamatan dan agensi kerajaan terlibat dalam latihan bencana kecemasan luar bandar di beberapa lokasi di sekitar Ipoh sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).

Pengarah JBPM Perak Sayani Saidon berkata latihan selama dua hari bermula semalam melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kesihatan Malaysia serta agensi kerajaan lain.

Saidon berkata objektif latihan bencana itu diadakan untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan agensi penyelamat dan agensi-agensi lain yang terdedah kepada sesuatu kemalangan atau bencana besar kerana MTL dijangka bermula tidak lama lagi.

“Selain itu, latihan ini juga dapat menilai keupayaan dan mobilisasi aset serta peralatan kebombaan dan penyelamatan,” katanya ketika ditemui pemberita semasa latihan bencana berkenaan di Taman Rekreasi Kolam Sungai Pinji di Tanjung Rambutan di sini hari ini.

Senario latihan itu, memaparkan hujan lebat berterusan selama beberapa hari menyebabkan Empangan Sultan Azlan Shah di Hulu Kinta pecah selepas paras air meningkat seterusnya mengakibatkan banjir di beberapa buah kampung.

Banjir itu menyebabkan 30 mangsa dari beberapa kampung berkenaan terperangkap dan dipindahkan melalui darat dan udara ke pusat pemindahan sementara berhampiran oleh agensi penyelamat.

Selain itu, latihan berkenaan turut diadakan di Loji Rawatan Air Sungai Kinta melibatkan 10 mangsa terhidu bahan klorin dan 10 lagi mangsa tersesat di Gunung Korbu, dan pasukan penyelamat menghantar bantuan makanan kepada kesemua mangsa melalui udara kerana jalan darat terputus. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan