Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lapan warga Austria yang berkhidmat dalam pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan cedera dalam serangan roket Israel, kata Menteri Luar Austria pada Selasa, lapor Agensi Anadolu. Foto fail AFP

Lapan rakyat Austria cedera dalam serangan Israel ke atas UNIFIL di Lubnan

ByBernama

LONDON, 30 Okt: Lapan warga Austria yang berkhidmat dalam pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan cedera dalam serangan roket Israel, kata Menteri Luar Austria pada Selasa, lapor Agensi Anadolu.

Dalam hantaran di platform X, Alexander Schallenberg berkata bahawa beliau “marah” dengan serangan hari ini ke atas Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL).

“Keselamatan dan perlindungan terhadap tentera topi biru mesti dijamin pada setiap masa. Serangan ke atas pasukan pengaman (PBB) adalah pelanggaran serius undang-undang antarabangsa dan sama sekali tidak boleh diterima,” tulisnya di X.

UNIFIL beroperasi antara Sungai Litani di selatan Lubnan dan Garisan Biru, yang berfungsi sebagai sempadan dengan Israel, sebagai sebahagian daripada mandatnya di bawah Resolusi 1701 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengekalkan keselamatan di rantau itu.

Israel melancarkan kempen udara besar-besaran di Lubnan sejak bulan lepas terhadap apa yang didakwanya sebagai sasaran Hizbullah dalam peningkatan konflik rentas sempadan selama setahun antara Israel dan kumpulan Lubnan Hizbullah sejak permulaan serangan kejam Israel di Semenanjung Gaza.

Israel memperluaskan konflik tahun ini dengan melancarkan pencerobohan ke selatan Lubnan pada 1 Okt. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan