Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang pada program Pemukiman Anak Syarikat Milikan Agensi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Primera Hotel, pada 30 Oktober 2024. Foto Amirah Shawel (TVS)

Ketengah Holding catat untung sebelum cukai RM53.8 juta setakat September tahun ini

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 30 Okt: Ketengah Holding Sdn Bhd (KHSB) mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM53.8 juta setakat September 2024.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata agensi badan berkanun di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) itu dijangka memperoleh keuntungan melebihi sasaran tahunan iaitu RM55 juta.

Jelas beliau, pencapaian kewangan yang memberansangkan itu didorong oleh tadbir urus dan pelan perniagaan yang baik, seperti saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga menteri bertanggungjawab.

“Datuk Seri Dr Ahmad Zahid telah menekankan tatakelola pengurusan agensi dari awal pelaksanaan lagi.

“Dari sudut pelan perniagaan anak syarikat adalah terancang dan mempunyai daya maju di mana aktiviti program yang dilaksana mempunyai unjuran positif kepada organisasi, selain pelan yang selari dengan objektif kementerian dan negara,” katanya kepada media selepas program Pemukiman Anak Syarikat Milikan Agensi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di sini, hari ini.

Tambah beliau, objektif yang ditetapkan merangkumi sudut keterjaminan makanan, pembangunan hartanah serta agropelancongan, seterusnya memberi keuntungan kepada agensi berkenaan.

Menurutnya, selain Ketengah, empat agensi lain yang turut menunjukkan prestasi kewangan yang menggalakkan, iaitu KESEDAR Holding, KEJORA Development Holding, KEDA Holdings dan PERDA Holdings.

Sementara itu, Rubiah memaklumkan sasaran keuntungan baharu setiap agensi akan ditetapkan pada Januari tahun depan.

“Kementerian akan menetapkan sasaran baharu pada Januari tahun depan, pencapaian secara menyeluruh tahun ini belum diperolehi,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan