Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
.Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, tiba bagi merasmikan Majlis  Ulang Tahun  Ke - 75 SK Rakyat Tupong, di SK Rakyat Tupong, Kuching. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Kerajaan Sarawak luluskan lebih RM10 juta naik taraf SK Rakyat Tupong

KUCHING, 30 Okt: Kerajaan Sarawak meluluskan lebih RM10 juta untuk menaik taraf kemudahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Rakyat Tupong.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kerja-kerja naik taraf itu dijangka bermula seawal tahun depan.

Menurutnya, ia merupakan usaha penting untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan infrastruktur sekolah tersebut yang telah beroperasi sejak tahun 1949.

“Peruntukan ini melibatkan pembinaan infrastruktur baharu iaitu blok bangunan, prasekolah, pusat sumber dan padang rekreasi untuk murid-murid,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Sambutan Ulang Tahun ke-75 Penubuhan Sekolah Kebangsaan Tupong, di sini pada Rabu.

Abang Johari berkata usaha menaik taraf kemudahan sekolah itu adalah untuk memastikan murid-murid dapat belajar dalam persekitaran yang kondusif.

Dalam pada itu, Abang Johari turut menyumbangkan RM75,000 kepada Persatuan Alumni SK Rakyat Tupong sempena sambutan ulang tahun ke-75 sekolah berkenaan.

“RM75,000 saya sumbangkan, bersamaan RM1,000 setahun, ia terpulang kepada pihak persatuan untuk menggunakannya dalam apa jenis tujuan yang mengambil kira kepentingan anak-anak sekolah,” katanya lagi.

Turut hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Dato Fazzrudin Abdul Rahman, Datuk Bandar Kuching Utara Hilmy Othman dan Pengerusi Persatuan Alumni SK Rakyat Tupong Awang Hambali Awang Hamdan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan