Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Juruukur tanah Ammar Faris Zainulkifli, 31 (dua, kiri) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan cubaan membunuh dengan melanggar dua orang anggota polis menggunakan kereta, minggu lalu. Ammar Faris membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Juraidah Abbas. Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin tempatan serta menetapkan 20 November depan untuk sebutan semula dan lantikan peguam. Foto Bernama

Juruukur tanah mengaku tidak bersalah pertuduhan cuba bunuh polis

ByBernama

GEORGE TOWN, 20 Okt: Seorang juruukur tanah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cuba membunuh dengan melanggar dua orang anggota polis menggunakan kereta, minggu lepas.

Ammar Faris Zainulkifli, 31, didakwa melakukan perbuatan dengan niat cuba menyebabkan kematian Lans Koperal Mas Safiq Azizan Matzrol dan Koperal Mohd Norhasmi Ab Razak, yang sedang menjalankan tugas rondaan cegah jenayah, dengan cuba melanggar mereka menggunakan kereta jenis Honda Civic.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di belakang Gurney Plaza, Jalan Kelawai di sini, pada pukul 4.50 petang, 25 Okt lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.

Timbalan Pendakwa Raya Lee Jun Keong mencadangkan jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin, namun tertuduh yang tidak diwakili peguam, memohon jaminan minimum atas alasan cuma berpendapatan RM1,200 dan perlu menjaga ibu yang sakit tua.

Hakim Juraidah Abbas membenarkan ikat jamin sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Nov sebagai sebutan semula kes. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan