Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas

JKR baiki lubang benam di Jalan Tun Jugah

KUCHING, 30 Okt: Kemunculan lubang benam kecil di Jalan Tun Jugah berhampiran jalan masuk ke CityOne Megamall sedang berusaha dibaiki oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pada masa ini JKR sedang berusaha membaiki kerosakan yang berlaku dan telah melakukan Ujian Penetrometer Kon Dinamik (DCP).

Katanya lagi, selain daripada menutup lubang berkenaan siasatan lanjut akan turut dilakukan bagi mencari solusi jangka panjang serta mengenal pasti punca berlakunya kejadian tersebut termasuk memantau rapi kawasan lain sekiranya terdapat masalah serupa.

“Pertama kita akan siasat tentu secepatnya lubang berkenaan akan ditutup tetapi cara itu tidak akan menyelesaikan masalah sepenuhnya kita ingin tahu punca sebenar kejadian ini berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Permit Menduduki OP Kompleks Unifor Daripada Majlis Bandaraya Kuching Selatan Kepada Lembaga Amanah Unifor di sini, hari ini.

Hari ini netizen melalui media sosial berkongsi gambar lubang benam kecil di Jalan Tun Jugah yang kemudiannya dilaporkan kepada JKR.

Laporan tersebut menyebabkan penutupan jalan di sepanjang kawasan itu pada kira-kira jam 4 petang bagi pelaksanaan kerja-kerja pembaikan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan