Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 seliter dan RM2.05 seliter bagi tempoh 31 Okt hingga 6 Nov ini. Foto hiasan Envato

Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal

ByBernama

KUALA LUMPUR, 30 Okt: Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 seliter dan RM2.05 seliter bagi tempoh 31 Okt hingga 6 Nov ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia kekal pada paras RM2.95 seliter manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan turut tidak berubah iaitu RM2.15 seliter bagi tempoh berkenaan.

Penetapan harga itu dibuat berdasarkan harga runcit produk petroleum secara mingguan dengan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan