Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua wanita yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dihadapkan ke Mahkamah Klang hari ini. Asmat @ Asmanira Muhamad Ramly, 44, (dua, kiri) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Antipemerdagangan Orang di sini atas 10 pertuduhan mengeksploitasi kanak-kanak awal bulan lepas. Manakala Mahani Kasim, 54, (tiga, kiri) mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengambil bahagian dalam pengurusan pusat jagaan tidak berdaftar pada 11 Sept di daerah Klang Utara dekat sini. Foto Bernama

GISBH: Wanita mengaku tidak bersalah pertuduhan eksploitasi 10 kanak-kanak

ByBernama

KLANG, 30 Okt: Seorang wanita yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Antipemerdagangan Orang di sini atas 10 pertuduhan mengeksploitasi kanak-kanak awal bulan lepas.

Tertuduh Asmat @ Asmanira Muhamad Ramly, 44, membuat pengakuan berkenaan di hadapan Hakim Zulqarnain Hassan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya secara berasingan.

Menurut pertuduhan, wanita itu didakwa telah memperdagangkan 10 kanak-kanak berusia lapan tahun bagi maksud eksploitasi di Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari, Kampung Melayu Subang dekat sini pada 11 Sept lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 415/417 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara seumur hidup dan sebat.

Timbalan Pendakwa Raya Anisah Pisol dalam prosiding hari ini memohon supaya kesemua kes dibicarakan secara bersekali dan tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh yang ketika ini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Peguam mewakili tertuduh Muhd Zaim Rosli tidak membantah permohonan dikemukakan Anisah.

Mahkamah kemudian menetapkan 13 Dis sebagai sebutan semula kes.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret seorang lagi wanita pengikut GISBH mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengambil bahagian dalam pengurusan pusat jagaan tidak berdaftar pada 11 Sept di daerah Klang Utara dekat sini.

Mahani Kasim, 54, membuat pengakuan berkenaan di hadapan Majistret Amirul Asyraf Abd Rasid.

Dia dituduh di bawah Seksyen 5(1) Akta Jagaan Kanak-Kanak 1993 yang memperuntukkan denda maksimum RM10,000, penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya, dan boleh sebagai tambahan dikenakan denda harian maksimum RM1,000 bagi tiap-tiap hari yang kesalahan itu berterusan.

Tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh kerana sedang ditahan di bawah SOSMA dengan sebutan semula kes ditetapkan pada 13 Dis ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan