Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Japri Bujang Masli berkata Sarawak Bookfair and The Sarawak Authors Festival bertujuan mempromosikan budaya membaca. Foto TVS

Festival serlah kepentingan buku, industri penerbitan

KUCHING, 30 Okt: Penganjuran Sarawak Bookfair and The Sarawak Authors Festival di The Hills menjadi platform untuk menyerlahkan kepentingan buku dan industri penerbitan kepada masyarakat di Sarawak.

Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak, Japri Bujang Masli berkata, acara tersebut secara langsung turut mempromosikan budaya membaca, meningkatkan kesedaran terhadap karya-karya tempatan serta menyediakan wadah kepada penulis berbakat mempamerkan hasil karya mereka.

“Festival ini bertujuan membantu menaikkan imej dan menggalakkan penulis untuk menulis dan menerbitkan lebih banyak buku,” katanya berucap pada majlis yang diadakan di sini, hari ini.

Penganjuran acara tersebut adalah bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-68 Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dalam pada itu, Sarawak Bookfair And The Sarawak Authors Festival adalah sebahagian daripada pengisiannya iaitu anjuran oleh Pustaka Negeri Sarawak yang bermula 28 Oktober 2024 hingga 3 November 2024.

Ia juga telah menghimpunkan penulis Sarawak, penggiat seni, persatuan penulis pelbagai kaum dan penerbit dalam bidang penulisan dan penerbitan di Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan