Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pihak berkuasa Taiwan pada Rabu mengumumkan penggantungan perkhidmatan feri, penutupan taman negara, dan penutupan kawasan tepi sungai di sekitar Taipei menjelang ketibaan Taufan Kong-rey. Foto AFP

Feri Taiwan digantung, taman dan kawasan tepi sungai ditutup ketika taufan semakin hampir

ByBernama

TAIPEI, 30 Okt: Pihak berkuasa Taiwan pada Rabu mengumumkan penggantungan perkhidmatan feri, penutupan taman negara, dan penutupan kawasan tepi sungai di sekitar Taipei menjelang ketibaan Taufan Kong-rey, lapor Central News Agency (CNA).

Kawasan Rekreasi Hutan Negara Hehuanshan dan Aowanda akan ditutup pada Khamis dan Jumaat atas faktor keselamatan, menurut kenyataan Agensi Pemuliharaan Hutan dan Alam Semula Jadi, Cawangan Nantou.

Taman Negara Yushan turut mengumumkan penutupannya mulai 5.30 petang Selasa, dengan pembukaannya semula bergantung kepada penilaian keadaan taman selepas taufan berlalu.

Di utara Taiwan, kerajaan Bandar Taipei menyatakan mulai 4 petang Rabu, kenderaan bermotor hanya dibenarkan keluar, tetapi tidak boleh memasuki melalui pintu keluar kecemasan dan cerun benteng di kawasan tepi sungai di seluruh bandar.

Pintu keluar kecemasan di tepi sungai juga akan ditutup mulai 10 malam, kata bandar itu.

Di New Taipei, trafik di kawasan tepi sungai akan dihadkan kepada kenderaan yang keluar mulai 9 malam Rabu, sementara pintu keluar kecemasan akan ditutup pada 10 malam, menurut Jabatan Pengangkutan bandar itu.

Sementara itu, perkhidmatan feri terus melalui “mini-tiga-hubungan” antara Jeti Shuitou Kinmen dan Xiamen serta Quanzhou, China akan digantung pada Khamis, umum Biro Pelabuhan Kinmen.

Secara keseluruhan, 36 feri berjadual di 10 laluan dibatalkan pada Rabu akibat cuaca, termasuk antara Keelung dan Matsu, Kaohsiung dan Penghu, Donggang dan Xiaoliuqiu, serta Fugang (Taitung) dan Pulau Hijau, menurut Biro Pelabuhan Maritim.

Setakat 1 tengah hari Rabu, Taufan Kong-rey terletak kira-kira 440 kilometer tenggara Cape Eluanbi, hujung paling selatan Taiwan, dan bergerak ke arah barat laut pada kelajuan 19 kilometer sejam.

Menurut Pentadbiran Cuaca Pusat, pinggir luar ribut itu dijangka sampai ke tenggara Taiwan pada awal pagi Khamis, sebelum mendarat di selatan Hualien antara tengah hari dan petang Khamis. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan