Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof merasmikan Majlis Pecah Tanah Bangunan Baru Hanan Tower di Ibu Pejabat Hanan, Kundang Industrial Park, di Rawang hari ini. Foto Fadillah Yusof (FB)

Cadangan kaji kebolehlaksanaan tenaga nuklear belum muktamad – Fadillah

ByBernama

KUALA LUMPUR, 30 Okt: Cadangan untuk melaksanakan kajian kebolehlaksanaan penggunaan tenaga nuklear di Malaysia sebagai sebahagian daripada usaha peralihan tenaga negara, belum dimuktamadkan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata sebahagian kajian yang akan dibuat adalah mengenai kebolehlaksanaan, dengan di peringkat awal mengkaji sama ada tenaga nuklear sesuai atau tidak dilaksanakan di Malaysia.

“(Pelaksanaan kajian) belum diputuskan lagi, hanya cadangan untuk dibuat kajian,” katanya selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Bangunan Baru Hanan Tower di Ibu Pejabat Hanan, Kundang Industrial Park, di Rawang di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai peruntukan lebih RM300 juta di bawah Dana Mudah Cara Peralihan Tenaga yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, pada 18 Okt lepas.

Anwar berkata peruntukan itu bagi memenuhi objektif Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) ke arah mencapai sasaran gas rumah hijau sifar bersih seawal 2050.

Sementara itu, mengenai projek Ladang Solar Terapung Hidro Hibrid Kenyir di Terengganu, Fadillah berkata ia adalah projek rintis yang dilaksanakan melibatkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan PETRONAS. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan