Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Veronica merakam gambar kenangan bersama kakitangan JKN Sarawak dan memegang poster terbaharu larangan merokok. Foto TVS

Akta 852 kuatkuasakan 11 peraturan baharu dan 2 larangan serta-merta

KUCHING, 30 Okt: Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang telah mula dikuatkuasakan pada 1 Oktober tahun ini yang mengantikan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 akan menguatkuasakan 11 peraturan baharu dan dua larangan serta-merta

Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Veronica Lugah berkata, di bawah akta ini, 28 lokasi diwartakan sebagai ‘Tempat Dilarang Merokok’ berkuatkuasa sert- merta meliputi premis dobi dan bangunan tempat kerja.

Menurutnya, turut diperkenalkan, 11 peraturan baharu dengan dua perintah larangan dikeluarkan merangkumi pendaftaran, penjualan, pembungkusan, pelabelan dan larangan merokok di tempat awam.

“Penguatkuasaan Akta 852 yang dijalankan dengan serta-merta adalah larangan pengiklanan produk merokok dan produk merokok tiruan, larangan produk merokok di institusi pendidikan, pasar jualan, mesin layan diri dan atas talian, larang penjualan produk merokok kepada Orang Belum Dewasa (OBD) yang berusia di bawah 18 tahun serta pengisytiharan kawasan atau tempat larangan merokok

“Langkah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mewartakan Akta 852 bermula 2 Febuari lalu adalah sejajar dalam usaha untuk mengekang penggunaan produk tembakau dan mengurangkan kemudaratan akibat merokok serta penggunaan lain-lain produk tembakau termasuk rokok elektronik atau vape, turut termasuk di bawah larangan serta-merta, penjualan produk rokok yang menyerupai permainan yang dipercayai mampu menarik perhatian golongan kanak-kanak dan dewasa,” katanya.

Dr Veronica berkata demikian dalam ucapannya sebelum merasmikan Operasi Mega Bersepadu Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam, Kempen Perangi Gula dan Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia, Peringkat Negeri Sarawak di Dewan Serbaguna, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak pada Rabu.

Turut dilancarkan, poster larangan merokok terbaharu yang mempunyai ilustrasi rokok elektronik atau vape yang akan diperkenalkan kepada premis perniagaan bagi menggantikan poster lama

Jelas beliau lagi, Akta 852 yang dijalankan secara berfasa adalah pendaftaran produk merokok dan kawalan jualan termasuk pameran di kaunter jualan yang akan dikuatkuasakan pada 1 April 2025 dan pembungkusan dan pelabelan yang dikuatkuasakan mengikut produk selewat-lewatnya pada 1 Oktober 2025.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), JKN Sarawak, Dr Rohani Mat Bah dan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak (Pergigian), Dr Misah Md Ramli-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan