Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 antara India dan Malaysia pada 18 Nov akan berlangsung di Stadium Gachibowli, Hyderabad, India. Foto Football Association of Malaysia (FB)

Aksi persahabatan Harimau Malaya menentang India diawalkan sehari

ByBernama

KUALA LUMPUR, 30 Okt: Perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 antara India dan Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada 19 Nov di sana terpaksa diawalkan sehari atas persetujuan bersama kedua-dua pasukan.

Berdasarkan hantaran Facebook Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini, pertembungan pada 18 Nov itu akan berlangsung di Stadium Gachibowli, Hyderabad, India.

“Pada pengumuman sebelum ini, perlawanan menentang India dijadual pada 19 Nov, namun atas persetujuan bersama, ia diawalkan sehari ke Isnin, 18 Nov dengan perlawanan akan berlangsung di Stadium Gachibowli,” mengikut hantaran itu.

Perubahan itu bagaimanapun tidak menjejaskan jadual perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 antara Laos dan Malaysia di Stadium Pat, Bangkok pada 14 Nov.

Sebelum ini, FAM mengesahkan skuad Harimau Malaya bimbingan Pau Marti Vicente akan bertemu India pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 pada 19 Nov di venue yang akan ditentukan.

Berdasarkan kedudukan terkini ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Malaysia menghuni tempat ke-133 manakala India (125) dan Laos (187).

Kedua-dua perlawanan persahabatan antarabangsa itu merupakan tonik terbaik buat Malaysia yang diundi dalam Kumpulan A Kejohanan ASEAN 2024 bermula Disember ini bersama juara bertahan Thailand serta Kemboja, Singapura dan Timor-Leste. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan