KUALA LUMPUR, 29 Okt: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkenan meluangkan masa menikmati jamuan minum petang bersama sahabat lamanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara hari ini.
Majlis tersebut berlangsung dalam suasana yang penuh mesra, memperlihatkan keakraban persahabatan antara kedua-dua tokoh negarawan tersebut.
Majlis jamuan minum petang itu tamat pada jam 6 petang dengan Tun Pehin Sri menyampaikan hadiah ikan terubuk kepada Perdana Menteri sebagai buah tangan dari Sarawak. -TVS