Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-75 Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sini, hari ini. Foto: Hafeezzur Muzamir (TVS)

TNB syarikat GLC pertama naik kadar gaji minimum RM1,700

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 29 Okt: Syarikat Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjadi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pertama menyahut seruan kerajaan dengan menaikkan kadar gaji minimum kepada RM1,700.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu memperlihatkan komitmen pengurusan dalam menjaga kebajikan kakitangan terutamanya di peringkat bawahan.

“Saya ucap terima kasih kepada pengerusi, lembaga pengarah dan pengurusan tertinggi TNB kerana setuju untuk menjadi GLC pertama yang menyahut seruan kerajaan menaikkan kadar gaji minimum.

“Saya difahamkan, pihak pengurusan juga meluluskan kenaikan gaji dan pendapatan bagi seluruh warga TNB,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-75 Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Pengerusi TNB, Tan Sri Abdul Razak Majid.

Pada awal bulan ini, semasa di Dewan Rakyat, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengumumkan kenaikan kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan berkuat kuasa 1 Februari 2025.

Sementara itu, dalam ucapannya pada majlis itu, Anwar memuji kecekapan pengurusan TNB yang bukan sahaja cemerlang dalam meraih keuntungan buat negara sejak 75 tahun lalu, tetapi dalam aspek penjagaan kebajikan juga.

“Satu hal yg sangat menarik ialah pertemuan antara saya dan mantan pengerusi dan pihak pengurusan TNB, mereka pada ketika itu melaporkan kejayaan dari sudut keuntungan dan tahap kecekapan setelah diswastakan, saya ucapkan penghargaan kepada mereka.

“Saya terus tekankan mengenai tugas utama syarikat itu bukan sahaja mengenai tahap kecekapan, tetapi juga saya peringatkan bahawa perlu ada pembelaan yang adil kepada pekerja di peringkat bawahan,” jelasnya – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan