Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto fail AFP

TNB main peranan bantu Malaysia depani cabaran dalam sektor tenaga pada Kepengerusian ASEAN 2025

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 29 Okt: Kerajaan menyifatkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) memikul tanggungjawab besar ketika negara dijadualkan akan mempengerusikan Sidang Kemuncak ASEAN 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, syarikat utiliti itu perlu memainkan peranannya dalam memastikan negara menjadi hab utama tenaga di rantau ini, selain memastikan inisiatif Strategik Grid Kuasa ASEAN (APG) dimeterai bagi meningkatkan bekalan tenaga dan peluang pelaburan.

“Satunya melibatkan kemudahan di Pasir Gudang dengan yang baharu bagi saluran tenaga sama ada dari Sarawak ke Johor atau Laos ke Singapura menerusi Malaysia.

“Bagi kita, ini cabaran besar kerana melibatkan pelaburan puluhan bilion ringgit. Tetapi saya percaya TNB sedang merangka dan memikirkan bagaimana untuk menjayakannnya.

“Kerajaan sedar pelaburan ini terlalu besar dan kita sedang memikirkan cara supaya TNB bersama agensi koprat yang lain merealisasikan ASEAN grid ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-75 Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Pengerusi TNB, Tan Sri Abdul Razak Majid.

Dalam perkembangan lain, Anwar berkata, projek ladang solar terapung di Tasik Kenyir oleh TNB yang menelan kos RM2 bilion dengan dijangka menjana 400MW tenaga elektrik dalam tempoh enam bulan pertama operasi akan dilancarkan pada bulan depan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan