Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Jabatan Penerangan Malaysia

Tiada kecelaruan terhadap takrifan ‘maha kaya’ T15 – PM Anwar

ByDouglas Elliot

KUALA LUMPUR, 29 Okt: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa persoalan berhubung kewujudan kecelaruan definisi bagi golongan T15 adalah tidak benar.

Menurut beliau, kuantum pendapatan untuk takrifan T15 masih lagi dikaji bagi memastikan hanya mereka yang berpendapatan tinggi akan dikecualikan daripada subsidi minyak petrol RON95.

“Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengelaskan T15 sebagai golongan berpendapatan RM13,000, namun kami berpendapat bahawa jumlah itu agak rendah dan akan ditingkatkan.

“Justeru, tidak ada kecelaruan sama sekali,” katanya bagi menjawab pertanyaan tambahan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh mengenai definisi pengkelasan T15 semasa sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar menekankan, penyasaran subsidi ini perlu dilakukan kerana kerajaan menanggung hampir RM20 bilion setahun.

Jelasnya lagi, langkah penyelarasan ini juga selari dengan falsafah Kerajaan Madani iaitu pengagihan kekayaan secara adil.

“Golongan T15 dan warga asing perlu bayar minyak petrol RON95 mengikut harga pasaran tanpa subsidi.

“Apa yang penting, penyasaran subsidi ini tidak membebankan 85 peratus rakyat,” katanya.

Terdahulu pada pembentangan Belanjawan 2025, Anwar mengumumkan penyasaran subsidi bagi petrol RON95 yang akan dilaksanakan pada pertengahan tahun depan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan