Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Pelancaran Sarawak Sustainability Insights 2024 di Hotel Pullman, Kuching, hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

Sarawak Sustainability Blueprint bantu capai sasaran 45 peratus pengurangan pelepasan karbon menjelang 2030

KUCHING, 29 Okt: Sarawak Sustainability Blueprint (SSB) yang menggariskan 10 teras strategik dalam membimbing wilayah ini ke arah masa depan mampan dilihat mampu mencapai 45 peratus pengurangan pelepasan karbon, sasaran negara menjelang 2030.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pelan tindakan itu bukan sahaja menangani cabaran alam sekitar semasa tetapi juga menjangka secara proaktif keperluan masa depan yang berkaitan dengan daya tahan iklim dan ekonomi hijau.

“Sarawak komited untuk menyokong sasaran nasional iaitu sasaran pengurangan pelepasan karbon sebanyak 45 peratus menjelang 2030 melalui inisiatif pembangunan tenaga hijau seperti tenaga hidro, solar, biojisim, biobahan api, hidrogen dan Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF).

“Selain itu melabur dalam teknologi inovatif seperti penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) sambil menggalakkan kecekapan tenaga merentas semua sektor,” katanya.

Dengan memupuk sinergi antara sektor, jelasnya Sarawak boleh meningkatkan kecekapan dalam perancangan dan pelaksanaan sumber bagi memastikan setiap usaha itu menyumbang kepada matlamat kemampanan Sarawak.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Sarawak Sustainability Insights di Hotel Pullman Kuching pada Selasa.

Beliau juga berkata pembangunan kelestarian alam tidak boleh dilakukan secara bersendirian sebaliknya memerlukan penyertaan aktif semua pihak berkepentingan.

Menurutnya, pelan tindakan itu merupakan komitmen bersama dalam memacu pertumbuhan ekonomi wilayah yang berkembang maju bagi memulihara dan memelihara alam sekitar untuk generasi akan datang.

“Ia adalah satu pelan hala tuju yang bercita-cita tinggi ke arah masa depan yang mampan di mana pertumbuhan ekonomi selaras dengan pemeliharaan alam sekitar.

“Marilah kita berganding bahu bagu memastikan Sarawak bukan sahaja mencapai matlamat kemampanannya tetapi juga menjadi contoh yang memberi inspirasi kepada orang lain untuk diikuti,” serunya.

Terdahulu, Abang Johari telah melancarkan pelan SSB yang berfungsi sebagai pelan hala tuju komprehensif dalam membimbing semua sektor ke arah matlamat kemampanan.

Rangka tindakan itu juga menekankan kepentingan keseimbangan alam sekitar dalam setiap aspek pembangunan sekali gus memastikan tiada komuniti tercicir semasa transisi Sarawak ke arah era kemampanan alam sekitar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan