Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Pelancaran Sarawak Sustainability Insights 2024 di Hotel Pullman, Kuching, hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

Sarawak lancar Sarawak Sustainability Blueprint, gariskan 10 teras strategik ke arah masa depan yang mampan

KUCHING, 29 Okt: Kerajaan Sarawak hari ini melancarkan Sarawak Sustainability Blueprint yang menggariskan 10 teras strategik bagi wilayah ini bergerak ke arah kemampanan alam sekitar pada masa depan.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kesemua pendekatan yang direka adalah untuk membimbing Sarawak merentasi pelbagai sektor sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang berfungsi sebagai rangka kerja global.

“Pertamanya ‘Peralihan Tenaga’, Sarawak komited untuk terus memanfaatkan sumber tenaga bersih bagi memenuhi permintaan tenaga domestik dan eksport tenaga.

“Pertanian Mampan dan Keselamatan Makanan, kedua, mempromosikan amalan pertanian mampan matlamatnya adalah untuk meningkatkan keselamatan makanan sambil menjaga sumber asli kita.

“Antara lain adalah ‘Mobiliti Hijau’ dimana ia akan memberi tumpuan kepada mengurangkan pelepasan dan meningkatkan ketersambungan di seluruh Sarawak dan seterusnya ‘Ekonomi Pekeliling’ yang membolehkan Sarawak meminimumkan sisa dan memaksimumkan kecekapan sumber daripada peringkat isi rumah kepada perniagaan dan industri,” katanya ketika berucap pada Sarawak Sustainability Insights di Hotel Pullman Kuching pada Selasa.

Enam teras strategik yang turut digariskan adalah ‘Pembuatan Mampan’, ‘Perlombongan Mampan dan Bertanggungjawab’, ‘Perlindungan dan Peningkatan Aset Asli’, ‘Kemampanan Bandar’, ‘Pembangunan Masyarakat’ dan ‘Eko-Pelancongan’.

Menurutnya, ia penting untuk menggunakan pendekatan bersepadu yang bukan sahaja menangani cabaran semasa tetapi memenuhi permintaan dan peluang masa depan yang berkaitan dengan perubahan iklim.

“Dengan memupuk sinergi antara sektor, kita boleh meningkatkan kecekapan dalam perancangan dan pelaksanaan sumber, memastikan setiap usaha itu menyumbang secara bermakna kepada matlamat kemampanan.

“Pelan tindakan ini akan terus membimbing Sarawak sambil berusaha untuk mencapai masa depan yang inklusif dan berdaya tahan di mana pertumbuhan ekonomi selaras dengan pemeliharaan alam sekitar,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan