Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Ding Kuong Hiing meninjau perkembangan terkini projek pembinaan Jalan Kelupu Batu Empat di Bintangor, pada Selasa. Foto TVS

Projek Jalan Kelupu berdepan kelewatan akibat tanah mendap

BINTANGOR, 29 Okt: Mendapan tanah dikenal pasti punca utama kelewatan projek pembinaan Jalan Kelupu Batu Empat Bintangor yang sering menimbulkan rungutan dalam kalangan pengguna yang melalui kawasan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, masalah yang berlaku di kawasan sepanjang kira-kira 200 meter itu memaksa pihak kontraktor melakukan kerja bina dan reka bentuk semula.

Usaha itu katanya, dilakukan bagi memastikan laluan berkenaan tahan lama dan selamat untuk dilalui pelbagai jenis kenderaan.

“Kerja-kerja itu (reka bentuk dan bina semula) mengambil masa. Kita menjangkakan projek ini siap Mac tahun depan.

“Ini bukan kesilapan pihak kontraktor atau juru ukur tanah namun, kualiti atau keadaan tanah di kawasan ini yang terdedah, mendap atau tenggelam,” katanya kepada media ketika melakukan tinjauan ke atas projek itu, hari ini.

Menurutnya, ketika ini, pelbagai usaha sedang dilakukan bagi memastikan keselamatan pengguna termasuk memasang papan tanda dan tanda amaran tambahan terutamanya bagi kegunaan waktu malam.

Bagaimanapun katanya, masalah lain pula timbul apabila banyak papan tanda rosak dan hilang akibat vandalisme yang bukan sahaja bukan sahaja melambatkan projek tetapi turut membahayakan keselamatan orang ramai.

Dalam pada itu, beliau menggesa pihak berwajib kerap melakukan rondaan bagi memastikan masalah tersebut tidak terus berulang.

Projek berimpak tinggi yang bernilai RM2.5 juta itu bakal menyediakan kemudahan lebih selamat dan selesa kepada pengguna khususnya ke Sibu, Bintangor atau Sarikei.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan