KUCHING, 29 Okt: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan kini giat mengesan seorang suspek lelaki berhubung kes penipuan jual beli barang.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz MD Radzi berkata, suspek berusia 30 tahun itu dikenali sebagai Rashid Kiprawi beralamat di Kampung Jalan Sawmill, Sebuyau.
“Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, IPD Padawan mengalu-alukan orang ramai menyalurkan maklumat berkenaan suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Hazimah Masjaya di talian 014-2883225 atau Inspektor Risikan Bahagian Operasi BSJKD Padawan, Inspektor Mohd Hisyam Mohd Shah di talian 014-6662855.- TVS