Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee.

Parlimen: Rodiyah gesa kemas kini status awalan projek bina blok baharu Hospital Simunjan

ByFarah Diyana Samsuddin

KUALA LUMPUR, 29 Okt: Status terkini bagi kerja awalan pembinaan blok baharu Hospital Simunjan antara perkara yang dibangkitkan Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee pada Dewan rakyat hari ini.

Menurut Rodiyah, projek pembinaan blok baharu hospital terbabit merangkumi tuaters yang usang untuk didiami para pekerja.

“Projek pembinaan blok baharu ini diperuntukkan dalam Rancangan Malaysia ke-12  (RMK ke-12) dan akan dijalankan pada 2025,” katanya.

Rodiyah berkata demikian ketika sesi perbahasan Belanjawan 2025 yang dibentangkan Perdana Menteri sebelum ini di Parlimen hari ini.

Menurutnya kemudahan yang baik seperti kuarters di klinik kesihatan luar bandar, dapat menggalakkan semangat (willingness/kesediaan/kesanggupan/keazaman) pegawai perubatan untuk berkhidmat di klinik luar bandar. 

Justeru itu, Rodiyah berharap Belanjawan 2025 turut memperuntukkan dana menaik taraf klinik-klinik di parlimen Batang Sadong terutamanya KK Jemukan dan kuarters untuk KK Gedong di Batang Sadong yang daif. 

Selain itu, Rodiyah turut menyuarakan isu kemudahan taska dan tabika yang uzur di Kampung Perintah Gedong dan Kampung Lubok Punggor perlu dibaik pulih segera.

Seterusnya, Rodiyah mencadangkan negara memerlukan program kesihatan awam yang lebih komprehensif yang memfokuskan kesihatan awam primer, termasuk kempen kesedaran mengenai penyakit tidak berjangkit seperti diabetes dan hipertensi. 

“Dengan memfokuskan kepada pencegahan, kita berharap dapat mengurangkan beban penyakit ini yang semakin meningkat dalam kalangan rakyat. 

“Program pendidikan kesihatan yang berterusan juga perlu dilaksanakan di sekolah-sekolah dan komuniti,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan