Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang memiliki pegangan saham tidak melebihi RM2 juta dikecualikan pelaksanaan cukai dividen dua peratus. Foto fail TVS

Parlimen: PKMS milik saham kurang RM2 juta dikecualikan cukai dividen 2 peratus

ByFarah Diyana Samsuddin

KUALA LUMPUR, 29 Okt: Sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang memiliki pegangan saham tidak melebihi RM2 juta dikecualikan pelaksanaan cukai dividen dua peratus.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini sekali gus menjawab persoalan yang dibangkitkan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka).

“Kalau dia (PMKS) ada (saham) RM 2 juta dengan dividen RM100,000 bayar lah ia sekitar (hanya) RM 700 hingga RM 800 sahaja setahun.

“Kita menetapkan keputusan ini supaya mengenakan sedikit bayaran kepada mereka yang ada keuypayaan ini termasuk syarikat-syarikat yang tidak tersenarai,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika digesa Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong agar kerajaan agar mempertimbangkan untuk pelaksanaan cukai dividen dua peratus tidak dikenakan kepada pengusaha PKMS sebentar tadi.

“Memang ada rayuan daripada PKMS untuk mengecualikan mereka atas alasan mereka berbeda dengan syarikat tersenarai dan kadang-kadang mereka mengambil upah gaji yang kecil dan disimpan untuk melabur dalam syarikat,” jelasnya.

Justeru itu, tegas Anwar kerajaan memutuskan menurunkan kadar dividen daripada lima peratus sebelum ini kepada dua peratus sahaja.

Keputusan sedemikian jelasnya bersandarkan kepada kerajaan mempunyai sistem percukaian yang progresif dengan hanya mengenakan bayaran sedikit sahaja kepada pemegang saham berpendapatan dividen melebihi RM100,000.

Terdahulu, kerajaan bercadang meluaskan asas cukai secara progresif dengan memperkenalkan cukai dividen pada kadar dua peratus ke atas pendapatan dividen melebihi RM100,000 yang diterima oleh pemegang saham individu bermula tahun taksiran 2025.

Menurut Anwar, ikhtiar ini dilaksanakan supaya cukai pendapatan yang dikutip tidak hanya bergantung kepada sumbangan penerima gaji, tetapi turut merangkumi sumbangan pemilik syarikat serta individu dengan milikan harta saham jutaan ringgit. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan