Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan AFP

Parlimen: Kutipan fi pensijilan halal meningkat ketara, tambah nilai kepada industri

ByFarah Diyana Samsuddin

KUALA LUMPUR, 29 OKT: Kutipan fi pensijilan halal di seluruh negara meningkat ketara setiap tahun membuktikan pensijilan halal Malaysia sebagai nilai tambah kepada industri.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dato, Setia Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata sejumlah RM80.03 juta kutipan fi pensijilan halal yang diterima oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) seluruh Malaysia dari 2012 hingga 2023.

Menurutnya berdasarkan rekod dalam Sistem MYeHALAL, perincian jumlah kutipan fi pensijilan paling tinggi adalah pada 2023 iaitu RM12.15 juta.

“Jumlah fi pensijilan halal menunjukkan peningkatan pada setiap tahun dan sekali gus menggambarkan kefahaman serta kesedaran mengenai kepentingan pensijilan halal sebagai nilai tambah dalam kalangan usahawan dan pihak industri semakin tinggi. 

“Selain itu, peningkatan ini juga menunjukkan bahawa pensijilan halal Malaysia dapat diterima dengan baik oleh pihak industri dan pengguna di negara ini,” katanya.

Mohd Na’im berkata demikian ketika mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Labis, Pang Hok Liong di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau turut mendedahkan jumlah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) daripada tahun 2012 hingga 2023 adalah sebanyak 85,893 syarikat. 

“Kerajaan sentiasa komited untuk meningkatkan jumlah permohonan pensijilan halal Malaysia daripada kalangan pemain industri halal termasuk usahawan Industri Kecil dan Mikro,” ujarnya.

Usaha kolaboratif JAKIM dan Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN/JAIN) dengan agensi pembimbing kata Mohd Na’im merupakan antara persiapan kerajaan memenuhi segala keperluan bagi permohonan pensijilan halal di negara ini.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan