Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi dan Zaharuddin Alias bersama hadirin yang lain pada majlis makan malam anjuran Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad di Kuching, malam tadi. Foto TVS

KOPSYA terus memperkasa segmen koperasi wilayah Sarawak

KUCHING, 29 Okt: Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad (KOPSYA) yakin akan terus memperkasa segmen koperasi di Sarawak yang diperkukuhkan lagi dengan keanggotaan 100 peratus ahli di bawah Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Negeri Sarawak.

Timbalan Pengerusi KOPSYA Zaharuddin Alias berkata, pihaknya akan sentiasa menggerakkan strategi bersama institusi kewangan antarabangsa dan tempatan terutama di negeri ini bagi melaksanakan instrumen kewangan yang lebih berinovatif yang akan memanfaatkan gerakan koperasi anggota terutamanya dalam sistem kewangan digital dan pembangunan dana.

“Pada tahun 2024 sehingga kini, KOPSYA telah merekodkan peningkatan penyertaan koperasi menjadi anggota KOPSYA sebanyak 69 koperasi dengan jumlah keanggotaan sekarang sebanyak 1,656 koperasi anggota di seluruh Malaysia berbanding dengan jumlah 16,000 koperasi. Angka itu masih kecil, tapi saya percaya lebih banyak lagi koperasi akan turut menjadi ahli KOPSYA.

“Dari segi jumlah saham syer, pada 1 Januari 2024, jumlah syer terkumpul adalah berjumlah RM61.01 juta dan sehingga kini, jumlah syer adalah sebanyak RM67.1 juta, iaitu pertambahan sebanyak RM6 juta untuk tempoh 10 bulan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis makan malam yang dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi di sini, malam tadi.

Malah menurutnya, inisiatif pelan reformasi undang-undang dan transformasi koperasi yang menjadi buah fikiran Tun Wan Junaidi terutama dalam membantu ahli-ahli koperasi merupakan platform dalam meningkatkan sosioekonomi warga serta memastikan integriti dalam mencapai sasaran perolehan koperasi berjumlah RM100 bilion pada tahun 2030.

Zaharuddin menambah, hasil inisiatif yang diperkenalkan oleh Tun Wan Junaidi semasa menyandang sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi sekitar tahun 2020 hingga 2021, perolehan koperasi negara mencecah RM64.5 bilion setakat penghujung 2023.

Untuk rekod, sejak penubuhannya 13 tahun lalu dan setakat Julai 2024, KOPSYA telah diiktiraf sebagai salah satu koperasi yang berada dalam kedudukan ke-21 dalam kategori koperasi terbaik di Malaysia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan