Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Milton Foo bersama mangsa penipuan pinjaman wang tidak wujud pada sidang media Biro Aduan Awam SUPP di ibu pejabat SUPP Kuching pada Selasa. Foto TVS

Jangan mudah terpedaya dan gentar dengan scammer

KUCHING, 29 Okt: Masyarakat diminta tidak mudah terpedaya dengan janji-janji manis scammer terutama ketika berurusan berkaitan apa-apa jua transaksi secara dalam talian, kata Ketua Biro Pengaduan Awam Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Milton Foo.

Milton yang acap kali berhadapan dengan situasi di mana individu atau kumpulan yang terjebak serta terperangkap dalam jerat scammer ini berpendapat bahawa perkara ini boleh dielakkan andainya kelompok ini mengambil endah serta peka dengan situasi berkait scammer ini.

Terkini, Milton sedang mendepani isu berkaitan ugutan daripada pihak scammer terhadap seorang wanita berusia 20-an yang menjadi mangsa penipuan pinjaman tidak wujud sejak 23 Oktober lalu.

Malah, dirinya turut menerima tempias ugutan serta scammer itu kerana tindakannya membantu wanita berkenaan dilihat sebagai batu penghalang dalam mengagalkan misi kumpulan scammer itu.

“Saya tidak sesekali akan menyerah kalah dan tunduk kepada kumpulan penjenayah ini dan akan terus mendedahkan kepada orang ramai tentang cerita sebenar serta perilaku penjenayah ini,” ujarnya.

“Saya menyeru kepada semua bekerjasama untuk membanteras jenayah dalam talian dan pada masa yang sama menegakkan keadilan serta menjaga keamanan dalam komuniti masyarakat kerana jika tidak dibendung, kegiatan tidak bermoral ini akan berupaya meruntuhkan institusi kekeluargaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Biro Aduan Awam SUPP di ibu pejabat SUPP Kuching pada Selasa.

Milton turut menggesa agar Kementerian Komunikasi serta pihak berkuasa bertanggungjawab untuk memperketatkan lagi undang-undang untuk membanteras aktiviti tidak bermoral ini.

Milton turut menasihatkan orang ramai untuk sentiasa peka dan mengikuti perkembangan terkini kes-kes scammer serta langkah dan titip nasihat daripada pihak Polis Diraja Malaysia tentang isu scammer ini.

Untuk rekod, setakat Mei 2024, Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) telah menerima sebanyak 37,002 panggilan mangsa scam (penipuan) dengan jumlah kerugian yang dilaporkan sebanyak RM203.33 juta.

Jenayah scammer ini pula membabitkan pelbagai jenis kes penipuan dalam talian antaranya termasuk Love Scam, Macau Scam, khidmat perubatan dan penipuan bomoh, khidmat pesanan ringkas (SMS), cagaran serta jual beli tanah, kad kredit, penyamaran, perniagaan serta pinjaman tidak wujud.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan