Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Jangan banding Sarawak dengan Kedah

KUCHING, 29 Okt: Pengurusan ekonomi yang baik telah menjadi asas utama dalam mencapai kemajuan dan kestabilan di Sarawak.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata strategi pembangunan yang holistik dan berfokus telah membantu menggalakkan pelaburan serta meningkatkan taraf hidup rakyat.

“Kalau Sarawak ketika ini membangun, kerana kita berjaya menguruskan ekonomi dengan baik, sebab itu Sarawak menjadi negeri berpendapatan tinggi.

“Jika negeri lain mahu, kena kerja keras, itu terpulang kepada mereka, macam mana kita hendak membantu mereka, sedangkan kita pun sendang menolong diri sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu Sarawak dengan status pendapatan tinggi untuk membantu negeri miskin di Malaysia.

Mengulas lanjut, Abang Johari menegaskan agar tidak membandingkan Sarawak dengan Kedah yang jelas berbeza dari segi saiznya.

Malah katanya, Sarawak pun masih lagi berusaha meningkatkan pendapatan isi rumah selain membangunkan kawasan luar bandar yang masih ketinggalan termasuk memperkasa sektor pendidikan menerusi dana sendiri.

“Jangan banding Sarawak dan Kedah, kalau ikut saiznya, Kedah sama saiznya dengan Baram, jika hendak banding, ambil kira seluruh Semenanjung, Sarawak negeri besar.

“Kita di sini sekolah pun kita guna sendiri, sekolah daif dibangunkan semula,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan