Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Makan Malam Sempena Ulang Tahun ke-20 Land Surveyor Board Sarawak di Kuching, malam tadi. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Jabatan Tanah dan Survei disaran guna pemetaan satelit

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 29 Okt: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyarankan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) menggunakan kaedah pemetaan satelit bagi mendapatkan maklumat lebih terperinci mengenai sesebuah kawasan.

Beliau berkata, juruukur tanah memainkan peranan penting dalam penggunaan teknologi terkini melalui penggunaan langkah berkenaan bagi menyusun dan memperoleh data di lapangan.

Menurutnya, dengan adanya data utama itu nanti, JTS akan dapat memastikan kawasan dan jenis-jenis tanah yang masih tersedia untuk digunakan bagi melaksanakan pembangunan di Sarawak.

“Saya telah berbincang dengan Datuk Amar Douglas Uggah Embas (Timbalan Premier Sarawak) mengenai rancangan kita terhadap tanah gambut. Kita mempunyai pengalaman menggunakan geotekstil, tetapi nampaknya saya mungkin salah kerana Ia tidak berkesan.

“Jadi, kita perlu ada pendekatan baharu dengan membina jalan bertingkat yang berketinggian sedikit tinggi di atas tanah, kerana ia merupakan tanah gambut.

“Saya rasa langkah itu lebih sesuai untuk jangka masa panjang kerana kos penyelenggaraan akan lebih rendah dan sudah tentu jalannya akan menjadi lebih lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sempena Ulang Tahun ke-20 Land Surveyor Board Sarawak di sini, malam tadi.

Hadir sama, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh dan Pengarah JTS, Awang Zamhari Awang Mahmood.

Mengulas lanjut, beliau berkata walaupun kos awal untuk membina jalan bertingkat lebih tinggi, namun pengiraan jangka masa panjang masih memberikan manfaat terutamanya apabila pemetaan satelit digunakan untuk memperoleh data tanah di negeri ini.

Dalam pada itu, beliau menambah, Sarawak juga perlu mempunyai data asas yang didapati daripada penggunaan teknologi baharu dan kecekapan dalam proses perolehan data.

“Saya telah meminta JTS untuk bekerjasama dengan agensi utiliti yang lain supaya kita mempunyai data utama mengenai semua infrastruktur dan boleh menguruskannya dengan berkesan.

“Dalam jangka masa panjang, saya fikir ia akan memberi manfaat kerana sebaik sahaja kita melibatkan diri dengan pelabur swasta dan asing, kita mempunyai semua perkhidmatan data yang diperlukan untuk ditunjukkan kepada mereka,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan