Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Jabatan Penerangan Malaysia

Duta Enclave: Kerajaan sedia beri pampasan, cadang pinda undang-undang

ByDouglas Elliot

KUALA LUMPUR, 29 Okt: Kerajaan kini sedang mempertimbang untuk meminda Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486) susulan isu membabitkan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung penyerahan tanah Duta Enclave.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah tersebut diambil bagi memastikan aset kerajaan dan kepentingan awam dapat dipertahankan.

“Kita sedang meneliti langkah untuk meminda undang-undang supaya kita pertahankan hak negara dan hak kepentingan awam dan ini tentunya tidak boleh bercanggah Artikel 13 dalam Perlembagaan.

“Seperti mana yang dilakukan oleh Jabatan Peguam Negara sekarang supaya undang-undang diperketatkan, kepentingan awam tidak boleh dikorbankan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menambah kerajaan akan terus menggunakan saluran undang-undang selain berunding dengan Semantan Estate untuk mencari jalan penyelesaian terbaik kepada isu yang berbangkit sejak 1956.

Kata Anwar, jumlah pampasan oleh kerajaan terdahulu dalam menyelesaikan isu
Duta Enclave adalah terlalu tinggi, keterlaluan dan tidak munasabah.

“Kalau kita berkompromi dalam hal ini, maka seluruh tanah terutama milik Melayu di bandar akan terbongkar semula,” katanya lagi.

Terdahulu, pada 23 Okt lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan pengambilan tanah seluas 106.54 hektar oleh kerajaan pada 1956 sebagai tidak sah.

Mahkamah Tinggi yang mengarahkan pemulangan semula tanah di Jalan Duta tersebut kepada Semantan Estate Sdn Bhd.

Keputusan tersebut dilihat memberikan implikasi serius kepada negara dalam pelbagai aspek. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan