Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Orang awam dikejutkan dengan penemuan bayi lelaki seberat 1.43kg dalam bekas penyimpanan ikan di Sibu hari ini. Foto TVS

Dua individu ditahan disyaki terlibat kes pembuangan bayi di Sibu

SIBU, 29 Okt: Polis menahan dua individu tempatan seorang lelaki berusia 44 tahun dan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang disyaki terlibat dalam kes pembuangan bayi lelaki di Jalan Tong Sang, di sini, pagi tadi.

Bayi tersebut ditemui dalam keadaan hidup di dalam tong sampah di kawasan lot kedai oleh seorang saksi yang segera melaporkan penemuan itu kepada pihak polis melalui talian kecemasan 999 sekitar jam 8.30 pagi.

Bayi lelaki bertali pusat ditemui dalam kontena ikan

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, bayi yang ditemukan bersama uri dan tali pusatnya itu disyaki baharu dilahirkan dalam tempoh kurang daripada 24 jam.

“Bayi tersebut kini dirawat di Hospital Sibu dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil dengan berat 1.48 kilogram.

“Kedua-dua suspek ditahan untuk membantu siasatan dan akan dipohon reman pada 30 Oktober 2024 bagi siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, tindakan pantas pihak polis menjalankan siasatan berhubung kes pembuangan bayi tersebut dipercayai mampu menyelesaikan kes ini dalam tempoh 24 jam.

Katanya, kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi, yang boleh membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Polis turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini untuk tampil memberikan maklumat dengan menghubungi talian 084-364373 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Ahmad Zam Zam bin Ismail, di talian 014-9067909.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan