Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi ketika menghadiri Majlis Perasmian Kempen Pencegahan Vandalisme Terhadap Kemudahan Utiliti dan Telekomunikasi 2024 Bahagian Bintulu di Auditorium Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) hari ini. Foto TVS

Bintulu antara kawasan ‘hotspot’ vandalisme utiliti dan telekomunikasi

BINTULU, 29 Okt: Bintulu dikenal pasti sebagai salah satu kawasan ‘hotspot’ ataupun titik panas vandalisme utiliti dan telekomunikasi di Sarawak.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, perbuatan seumpama itu tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh mendatangkan kesusahan kepada orang awam dan merugikan kerajaan, malahan membahayakan keselamatan diri pelaku seperti risiko renjatan elektrik.

Oleh itu, saya menggesa agar tindakan segera diambil bagi menangani isu tersebut yang jelas menjejaskan kemudahan awam dan memberi impak besar kepada penduduk.

“Kita semua mesti ada tanggungjawab untuk memberhentikan vandalisme, Bahagian Bintulu adalah di antara hotspot vendalisme, mudah-mudahan ia akan bertambah baik di masa akan datang kerana saya juga difahamkan pernah menara ‘line’ di Bakun menjadi sasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Kempen Pencegahan Vandalisme Terhadap Kemudahan Utiliti dan Telekomunikasi 2024 Bahagian Bintulu di Auditorium Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) pada Selasa.

Menurutnya, tindakan tegas perlu diambil bagi menghalang aktiviti vandalisme daripada berulang, termasuk memperketatkan undang-undang.

“Undang-undang ordinan kita perlu dilihat supaya melibatkan apabila kesalahan itu dibuktikan dengan jelas dan boleh dibuktikan dengan jelas di mahkamah, biarlah penaltinya lebih berat lagi daripada penalti iaitu RM5,000 Sahara,” ujarnya.

Pada majlis itu beliau turut menyeru kerjasama daripada semua pihak termasuk masyarakat setempat, bagi mengekang kegiatan vandalisme dan mengelakkan kerugian lebih besar kepada negeri. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan