Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bayi lelaki seberat 1.43kg ditemui dalam bekas penyimpanan ikan oleh orang awam di tepi Jalan Tong Sang, Sibu pagi tadi. Foto TVS

Bayi lelaki bertali pusat ditemui dalam kontena ikan

SIBU, 29 Okt: Bayi lelaki yang baharu lahir ditemui dalam keadaan lemah di dalam kontena penyimpanan ikan di kawasan pembuangan sampah tepi Jalan Tong Sang, mengejutkan penduduk setempat di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili ketika dihubungi TVS mengesahkan menerima laporan berhubung kes itu.

“Difahamkan bayi yang masih bertali pusat itu segera dibawa ke pusat perubatan berdekatan dan seterusnya dirujuk ke Wad NICU Hospital Sibu.

“Bayi pramatang berusia sekitar 31 minggu dan seberat 1.43 kilogram itu kini stabil di bawah pemantauan rapi, namun memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kes ini untuk tampil memberikan kerjasama.

Maklumat boleh disalurkan melalui talian 084-364373 atau kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Ahmad Zam Zam Ismail, di talian 014-9067909.

Kes disiasat mengikut Seksyen 3I7 Kanun Keseksaan kesalahan menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi yang boleh dihukum penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda atau kedua-dua yang sekali. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan